Perak Hari Ini

Ramadhan Suram Buat Peniaga Bazar, Tetap Syukur Guna Media Sosial

IPOH- Ramadhan tahun ini cukup memberikan perbezaan yang besar kepada semua masyarakat beragama Islam di negara ini malahan kemeriahan bazar Ramadhana yang sering kali menjadi tumpuan masyarakat berbilang kaum turut sama mendapat tempias akibat daripada penularan wabak koronavirus (Covid-19) sehingga tahun 2020 mencatatkan sejarah di mana bazar Ramadhan harus dibatalkan.

Kelainan Ramadhan tahun ini cukup memberi kesan kepada para peniaga bazar sehingga mereka terpaksa mencari alternatif lain dalam meneruskan perniagaan walaupun dalam perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut salah seorang peniaga bazar, Norhayati Ramli@Ned Ramli ketika dihubungi berkata, kelainan Ramadhan pada tahun ini dilihat agar suram tidak seperti tahun-tahun sebelumnya kerana pembatalan bazar, namun menurutnya kerajaan telah melaksanakan tindakan yang terbaik dalam membendung wabak Covid-19 di negara ini.

Beliau yang berniaga pelbagai jenis nasi serta murtabak di Bazar Ramadhan Taman Orkid di Batu Gajah dan Desa Aman berkata, pada tahun beliau hanya berniaga di tapak atau premis kedai sahaja malahan terpaksa menggunakan media sosial bagi mempromosikan jualan.

“Kelainan tahun ini agak suram tidak semeriah tahun-tahun sebelum ini di mana untuk tahun ini saya terpaksa meniaga ditapak kedai atau premis kedai malahan saya juga terpaksa melakukan membuat penghantaran secara tunai (COD) dan guna media sosial untuk promo jualan malah, saya juga mendaftar di SMART Iftar @ Perak dan berapa aplikasi lain seperti e- baza dan lokal Maybank.

“Bagi saya, kerajaan telah melakukan yang terbaik untuk membendung virus Covid-19 dari terus merebak,” katanya.

Sementara itu, Perak Today turut mendapat maklumat bahawa beliau dan kawan-kawannya dari Dapur Jalanan Ipoh dan D’polo Cafe juga telah memberi makan secara percuma kepada rakan jalanan (homeless) dan pertugas-petugas barisan hadapan semenjak PKP dilaksanakan yang mana kesemua dana disumbangkan oleh awam sendiri.

Dalam pada itu kata seorang lagi peniaga bazar, Megat Syahrin Megat Aris, beliau turut merasakan tindakan kerajaan adalah sangat wajar dalam membatalkan bazar Ramadhan walaupun beliau terpaksa berhadapan kesukaran untuk memenuhi kehendak pelanggan sepanjang PKP berjalan.

“Pada saya yang menjual juadah traditional iaitu rendang tok, lemang serunding serta ketupat palas memang agak sukar untuk memenuhi kehendak pelangan berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana kami membekalkan rendang sehingga ke Kuala Lumpur serta Selangor.

“Pada tahun ini ianya agak terhad kerana kebanyakkan pelanggan kami tidak boleh menerima juadah berkenaan walaupun dengan ada kegiatan pos mengguna kurier namun terhad kepada produk yang sedia untuk dimakan sahaja,” katanya.

Bagaimanapun katanya yang turut berniaga di bazar Ramadhan Medan Gopeng, bazar Ramadhan Silibin dan Kledang Jaya, walaupun terdapat kekurangan beliau masih bersyukur kerana masih ada jualan yang dibuat iaitu dalam bentuk COD sekitar Bandaraya Ipoh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");