Berita Hari Ini

Rugi RM600 Ditipu Penjual Penutup Hidung, Mulut

KEPALA BATAS: Niat baik seorang kerani wanita yang ingin membantu rakannya mendapatkan penutup hidung dan mulut musnah apabila ditipu sindiket penjualan dalam talian.

Memetik BH Online, kejadian bermula pada 9 Mac lalu selepas kerani berusia 31 tahun itu membeli 24 kotak yang mengandungi 1,200 keping penutup hidung dan mulut di Facebook.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, mangsa membuat pembelian itu berikutan permintaan penutup hidung dan mulut semakin tinggi berikutan penularan wabak COVID-19.

“Oleh itu, mangsa ingin membeli secara pukal untuk kegunaan sendiri dan rakannya lalu memasukkan wang berjumlah RM600 ke dalam akaun diberikan suspek.

“Suspek memaklumkan kepada mangsa bahawa dia akan menghantar tempahan itu dalam tempoh tiga hari.

“Namun sehingga kini masih tidak diperoleh sehingga mangsa merasakan dirinya terjerat dengan sindiket penipuan apabila pengguna Facebook lain turut tertipu,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Noorzainy berkata, mangsa membuat laporan polis semalam dan siasatan awal mendapati sindiket itu didalangi warga tempatan yang mengambil kesempatan ke atas keperluan orang awam.

“Polis menasihati orang awam supaya berhati hati membuat pembelian penutup hidung dan mulut di laman sosial serta membuat semakan terlebih dahulu di laman web http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/.

“Sehingga kini sebanyak lima kes berhubung penipuan pembelian penutup hidung dan mulut direkodkan di daerah ini membabitkan jumlah kerugian RM9,735,” katanya.

Kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");