Perak Hari Ini

Rumaizi Dilantik Datuk Bandar Ipoh Yang Baru

IPOH: Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Datuk Rumaizi Baharin dilantik sebagai Datuk Bandar Ipoh yang baharu, berkuatkuasa 1 April lalu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam satu kenyataan berkata Rumaizi dilantik bagi menggantikan Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim yang memangku jawatan itu selepas dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pada Disember 2019.

“Datuk Rumaizi mempunyai pengalaman luas dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri dan merupakan pengarah yang termuda dilantik ke jawatan PTG.

“Beliau adalah berkelulusan Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Utara Malaysia.

“Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana dalam bidang Pentadbiran dan Pengurusan Tanah di Universiti Teknologi Malaysia,” katanya, hari ini.

Tambah Ahmad Faizal pentadbiran Kerajaan Perak yakin dengan pengalaman dan kemahiran yang dimiliki Rumaizi akan membantu melonjakkan lagi kualiti perkhidmatan dan pembangunan Majlis Bandaraya Ipoh.

Rumaizi, 45, merupakan anak jati Ipoh sebelum ini dilantik sebagai Pengarah PTG pada 27 Mac 2017 ketika berusia 42 tahun dan ia menjadikan beliau sebagai Pengarah PTG Negeri Perak yang termuda pernah dilantik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");