Perak Hari Ini

Saya Mohon Maaf… – Razman

IPOH: Exco Perak, Razman Zakaria tampil membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat berkaitan isu pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila makan beramai-ramai.

Katanya, setiap hari beliau telah bergerak bagi menghulurkan bantuan kepada semua petugas di barisan hadapan, khususnya di Bagan Serai.

Namun katanya, beliau akan menambah baik setiap gerak kerjanya, sekiranya wujud sebarang pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan PKP.

“Alhamdulillah dapat membantu serta merta sebarang kekurangan peralatan yang dihadapi para petugas di barisan hadapan terutama kepada petugas kesihatan.

“Setiap malam petugas kami menghantar makanan bermasak kepada petugas sekatan jalan raya di sekitar Bagan Serai khususnya.

“Sebagai contoh jika kita tidak turun padang, mana kita dapat tahu keperluan tandas bergerak untuk kegunaan petugas sekatan jalan raya amat mendesak.

“Dalam setiap tindakan, kami amat titik beratkan perihal SOP dan sekiranya ada tindakan kami yang dilihat melanggar SOP Insyallah kami akan atasi,” katanya menerusi laman Facebook milik beliau, hari ini.

Walau bagaimanapun jelas beliau, permohonan maaf terbuka itu bukanlah supaya beliau dikecualikan daripada sebarang tindakan undang-undang.

Sebaliknya kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol itu ia hanya sekadar mahu menjelaskan keadaan sebenar.

“Marilah bersama kita terus berdoa moga ujian Covid-19 ini dapat meningkatkan iman dan bertambah sayang kita rakyat Malaysia dengan kerajaan Perikatan Nasional ini.

“Sekali lagi saya mohon maaf dan terima kasih rakyat Malaysia, saya sayang anda semua,” tambah beliau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");