Berita Hari Ini

Seberang Perai Utara Dan Selatan Sifar Covid-19

SEBERANG PERAI: Hanya tinggal tujuh sahaja lagi kes Covid-19 yang masih aktif di Pulau Pinang sebelum semua daerah di negeri itu diisytiharkan zon hijau pada Isnin ini sekiranya tiada pertambahan kes baharu dalam tempoh kurang 48 jam.

Mengikut data yang dikeluarkan Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) menunjukkan dua daerah iaitu Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan sudah sifar Covid-19 setakat semalam.

Secara keseluruhannya, jumlah kumulatif kes Covid-19 di negeri itu mencatatkan 119 kes dengan 111 pesakit sudah discaj dan satu kematian pada 22 Mac lalu.

Melalui pemerhatian di laman sosial, rata-rata warganet yang juga penduduk Pulau Pinang meluahkan rasa lega dengan keadaan semasa wabak itu di negeri mereka.

Bagaimanapun, sesama mereka saling menasihati antara satu sama lain supaya tidak alpa dan terus mematuhi saranan daripada pihak kerajaan dengan terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) walaupun berada pada zon hijau.

Penjarakan sosial, amalan membasuh tangan dan penggunaan cecair pembasmi kuman ketika keluar dari rumah perlu diamalkan setiap masa sehingga wabak itu berakhir sepenuhnya.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dilaporkan berkata negeri itu akan diisytiharkan zon hijau pada Isnin ini selepas tiada pertambahan kes baharu direkodkan selama 14 hari.

Bagaimanapun, katanya, rakyat diminta bertenang dan tidak boleh terlalu gembira yang mana perlu meneruskan usaha duduk di rumah supaya negeri ini selamat sepenuhnya serta bebas daripada wabak memetik HMetro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");