Berita Hari Ini
Like

Siapa yang tuntut tu?: RON95 RM1.30 seliter mulai tengah malam ini

April 3, 2020
271 Views
0 Comments
1 minute read
Siapa yang tuntut tu?: RON95 RM1.30 seliter mulai tengah malam ini

Harga runcit petrol RON95, RON97 dan harga diesel terus menyaksikan penurunan.

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 4 April 2020 sehingga 10 April 2020 adalah ditetapkan seperti berikut:

(i) harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 8 sen seliter iaitu daripada RM1.68 seliter kepada RM1.60 seliter;

(ii) harga runcit petrol RON95 turun sebanyak 8 sen seliter iaitu daripada RM1.38 seliter kepada RM1.30 seliter; dan

(iii) harga runcit diesel turun sebanyak 10 sen seliter iaitu daripada RM1.68 seliter kepada RM1.58 seliter.

“Penurunan harga runcit produk petroleum ini adalah disebabkan trend harga minyak mentah dunia yang terus menurun ekoran ketidaktentuan ekonomi global akibat pandemik Covid-19.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kenyataan Kementerian Kewangan hari ini.

Komen & Pendapat

Comments are closed.