Perak Hari Ini

SWCorp, MBI Dan Bomba Berganding Bahu Laksana Sanitasi Awam Kawasan Zon Merah

IPOH- Tiga agensi hari ini berkerjasama dalam melaksanakan operasi sanitasi awam bagi membendung wabak koronavirus (Covid-19) di kawasan zon merah di negeri Perak.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Wilayah, Mohd Zahir Shari berkata, proses sanitasi awam tersebut akan dilakukan bermula di kawasan Kinta iaitu salah satu kawasan yang menjadi zon merah di negeri ini.

“Pada pagi ini akan dilaksanakan operasi sanitasi awam Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) iaitu bermula di kawasan redzone di Kinta oleh pasukan dari Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak (JBPM) Perak serta Syarikat Idaman.

“Bagi program sanitasi awam di negeri Perak bawah KPKT akan diteruskan di mana kita telah mengenapasti dua kawasan iaitu Kinta dan Hilir Perak, manakala lokasi terlibat akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh Majlis Perbandaran yang terlibat atau Pejabat Kesihatan Daerah,” katanya kepada media di Rumah Pangsa Taman Harmoni Buntong, hari ini.

Katanya seramai 21 orang anggota yang terlibat iaitu terdiri daripada 10 orang anggota bomba, lapan petugas dari MBI manakala tiga petugas daripada Syarikat Idaman.

Menurut beliau, proses sanitasi berkenaan melibatkan kawasan yang kerap disentuh oleh penduduk yang mana menggunakan proses semburan yang tertumpu supaya berfokus kepada kawasan yang terlibat sahaja.

“Kita akan mulakan operasi sanitasi awam di sekitar blok-blok PPR Buntong Harmoni yang mana telah dipecahkan kepada tiga bahagian dan memfokuskan kepada lokasi-lokasi yang kerap disentuh oleh orang awam seperti tangga.

“Kita juga meminta kerjasama penduduk untuk terus berada di rumah dan jaga keselamatan masing-masing serta tidak menggaggu tugas yang dilaksanakan,” katanya.

Menurut beliau, pengubahsuai muncung semburan dilakukan supaya ianya lebih halus mengikut keadaan semasa dan konsep semburan adalah bertumpu kerana pada asalnya alat berkenaan digunakan untuk mencuci jalan.

Mohd Zahir berkata, apabila semburan dilakukan, virus yang berada di kawasan berkenaan akan mula terkesan dalam tempoh lima hingga 10 minit dan ia adalah salah satu usaha dalam membendung penyebaran wabak dalam kalangan penduduk.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");