Perak Hari Ini

TNB Sumbang Lagi RM2 Juta Kepada Negeri Perak

IPOH- Tenaga Nasional Berhada (TNB) hari ini menyampaikan sumbangan berjumlah RM2 Juta kepada kerajaan negeri bagi membantu membeli peralatan perubatan dan keperluan lain bagi menangani penularan wabak koronavirus (COVID-19) di negeri Perak.

Menteri Tenaga & Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, sumbangan berkenaan adalah di luar skop sumbangan RM10 juta yang diberikan kepada Kementerian Kesihatan untuk membeli peralatan seperti ventilators dan bekalan perubatan lain yang semakin berkurangan sebelum ini.

“Sumbangan RM2 juta ini termasuklah pemberian dua mesin ventilator, iaitu alat bantu pernafasan yang diperlukan oleh pesakit COVID-19 di mana ianya menjadi harapan agar pemberian ini sedikit sebanyak membantu Negeri Perak menangani wabak ini secara lebih berkesan.

“Pemberian ini, merupakan sebahagian daripada sumbangan RM17.5 juta yang TNB agihkan-agihkan secara terus kepada negeri-negeri di Semenanjung untuk menangani COVID-19 di mana setiap negeri menerima antara RM1 juta hingga RM2.5 juta bagi tujuan yang sama,” katanya selepas menyempurnakan satu acara penyerahan bantuan TNB kepada Kerajaan Negeri, hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut berkesempatan meluangkan masa untuk menerima sumbangan berkenaan dari pihak TNB.

Katanya, TNB merupakan antara entiti korporat dan GLC yang terawal tampil membantu usaha kerajaan menangani virus ini.

“Secara keseluruhannya TNB telahpun menyumbang lebih kurang RM150 juta untuk mengurangkan bil eletrik di pelbagai sektor terutamanya kepada pengguna domestik di semenanjung dan di Sabah serta Sarawak ada kaedahnya tersendiri.

“Walaupun saya percaya pihak TNB telah memberi pengurangan diskaun kepada rakyat ia tidak mnyelesaikan 100 peratus masalah rakyat
tetapi apa yang kita lakukan ini sebagai tanda keperihatinan kerajaan kepada rakyat ketika ini,” katanya.

Tambah Shamsul Anuar, kementerian berharap sumbangan tambahan tersebut membolehkan pihak negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri mendapatkan peralatan dan barang-barang perubatan yang diperlukan.

“Kerajaan Negeri perlu mengenalpasti peralatan dan barangan dengan pembekal-pembekal dan berurusan sewajarnya.

“Segala pembayaran akan diuruskan oleh TNB bila tuntutan yang telah disahkan sepenuhnya diterima dari pihak Kerajaan Negeri dan Kementerian atau Jabatan Kesihatan Negeri,” katanya.

Katanya, keprihatinan TNB dalam usaha menangani wabak virus Covid-19 ini didorongi rasa tanggungjawab sebagai Syarikat yang mempunyai ribuan warga kerja, yang perlu berada di barisan hadapan dalam tempoh PKP.

“Mereka ini menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi bagi memastikan perkhidmatan tenaga elektrik yang berterusan dan stabil kepada rakyat, khususnya di hospital dan pusat perubatan.

“Sebagai makluman sumbangan TNB dengan jumlah keseluruhan hampir RM28 juta ini juga tidak termasuk sumbangannya bernilai RM150 juta bagi menyokong usaha kerajaan memberi diskaun elektrik sebagaimana diumumkan PM dalam Pakej Ransangan Ekonomi sebelum ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");