Membawang Hari Ini

“Walaupun Dah 24 Tahun Hidup Dengan Azil, Sampai Hari Ini Pun Masih Gagal Lagi..” – Zarina Zainuddin Mohon Maaf Dengan Azil Sebab…

Pelakon Zarina Zainuddin mengakui masih belum faham dengan kehendak dan ragam anak lelakinya yang autisme, Muhammad Razil Azrai atau lebih dikenali sebagai Azil.

Menurut Zarina, disebabkan anaknya yang tidak boleh bercakap itu, adakalanya menyebabkan dia sukar menguruskan Azil yang kini sudah berumur 24 tahun.

“Maafkan ibu Azil, kadang-kadang ibu marah Azil, ibu tak faham keadaan Azil, ibu tak ikut kehendak Azil, ibu sebenarnya tak tahu nak cakap macam mana dah.

“Ibu doa sahaja semoga Azil akan tenang selalu sebab ibu walaupun dah 24 tahun hidup dengan Azil sampai hari ini pun masih gagal lagi,” luahnya menerusi satu entri di Instagram.

Biarpun begitu, kata Zarina, kasih sayang terhadap anaknya tidak pernah berbelah bahagi.

“Ibu sayang Azil, sayang yang tak ada had…Azil anak ibu limited edition (edisi terhad).

“Kalaulah Azil boleh cakap apa agaknya yang Azil nak luahkan pada ibu,” katanya yang turut berkongsi video memaparkan ragam anaknya itu.

Posting Zarina itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya yang meminta dia agar terus bersabar.

“Banyak-banyak bersabar sayang. Dia anak istemewa yang Allah amanahkan untukmu menjaganya. Ada hikmah di sebaliknya. Hanya Allah sahaja yang tahu,” komen pelakon Hamidah Wahab.

Zarina mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Raihan Wan Jaafar pada Julai 1993.

Hasil perkahwinan itu, pasangan itu dikurniakan anak kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 24, yang mengalami autisme.

Pasangan itu turut mempunyai dia lagi anak lelaki lain, Muhammad Naim Azrai, 17, dan Muhammad Adam Azrai, 14.

Dalam pada itu, jangan lupa saksikan drama lakonan Zarina Zainuddin di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");