Berita Hari Ini

Wanita Menangis Ditahan Polis Langgar PKP

ALOR SETAR: Seorang wanita berusia 26 tahun menangis teresak-esak selepas ditahan polis kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam pemeriksaan mengejut di Jalan Alor Mengkudu, Alor Setar, malam tadi.

Wanita terbabit mendakwa, dia hanya menyangka akan dikenakan kompaun atas pelanggaran berkenaan namun menangis sebaik anggota polis menahannya dan memaklumkan akan membawanya ke balai polis.

Dalam operasi bermula jam 9 malam itu, polis menahan lapan individu berusia 30 hingga 38 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, pihaknya tidak menerima sebarang alasan kerana PKP sudah memasuki fasa ketiga kecuali mereka yang mempunyai dokumen kebenaran.

Menurutnya, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan Peraturan 3 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

“Hasil pemeriksaan juga mendapati seorang daripada individu yang ditahan berusia 34 tahun mempunyai dua rekod lampau berkaitan jenayah.

“Lelaki berasal dari Pendang itu sebelum ini pernah ditahan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana menyimpan dan memiliki barang curi,” katanya.

Mohd Rozi berkata, pemeriksaan mengejut itu disertai seorang pegawai, 15 anggota dan empat anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dari Balai Polis Alor Setar.

Mengulas lanjut, Mohd Rozi berkata, pelbagai alasan digunakan individu terbabit antaranya termasuklah mendakwa tidak tahu bahawa PKP disambung lapor HMetro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");