Berita Hari Ini

Warga Asing Turut Terima Bantuan Tabung Musa’adah COVID-19

CYBERJAYA – Warga asing yang kurang berkemampuan turut menerima bantuan daripada Tabung Musa’adah COVID-19 bagi memastikan kebajikan golongan itu tidak terabai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamed Al-Bakri berkata kerajaan amat prihatin dengan nasib golongan berkenaan yang turut membantu negara dengan memberi kerjasama dalam memutuskan rantaian jangkitan wabak itu.

“Walaupun mata pencarian mereka tergendala, tetapi ketabahan dan kesungguhan mereka dalam mematuhi PKP ini amat kita hargai dan kita meminta mereka untuk terus bersabar, mudah-mudahan isu COVID-19 ini akan dapat diselesaikan, insya-Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas memberi sumbangan barangan keperluan dan makanan kepada 145 keluarga warga Indonesia di penempatan mereka di sini hari ini, lapor Bernama.

Katanya, capaian bantuan Tabung Musa’adah COVID-19 meliputi seluruh negara termasuk warga asing yang kurang berkemampuan termasuk warga Syria dan Palestin.

“Seperti semalam di Kuala Lumpur kita telah memberi bantuan kepada ramai warga asing di sana dengan kerjasama agensi agama serta agensi di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan kita akan terus menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");