Membawang Hari Ini

Zarina Anjoulie Tuntut Amyza Aznan, Emelda Bayar Ganti Rugi RM4 Juta

Nampaknya kontroversi antara Zarina Anjoulie dengan dua artis iaitu Amyza Aznan dan Emelda Rosemila makin panas apabila pelakon sensasi itu atau lebih mesra dipanggil Anju menuntut pampasan sebanyak RM4 juta.

Tuntutan itu dibuat oleh Zarina kerana kedua-dua pelakon itu didakwa menjatuhkan reputasinya di Telegram dan Instagram. Peguam Zarina berkata surat tuntutan kepada Amyza dan Emelda dihantar secara berasingan hari ini.

“Zarina menuntut permohonaan maaf dan pampasan sebanyak RM4 juta kerana menjatuhkan reputasinya melalui posting dan komen-komen berbuar fitnah mengenai dirinya di Telegram dan Instagram.

“Zarina menuntut sebanyak RM3 juta daripada Amyza Aznan dan RM1 juta daripada Emelda Rosemila. Zarina juga memohon kedua-dua individu tersebut untuk berhenti menulis dan menerbitkan apa-apa bentul tulisan mengenai dirinya.

“Selain itu, Zarina mahu Emelda Rose dan Amyza Aznan membuat permintaan maaf secara terbuka dan seterusnya membayar ganti rugi kerana merosakkan reputasinya, menyebabkan tekanan dan menghasut kebencian orang awam terhadapnya,” katanya.

Peguam berkata Zarina digambarkan sebagai seorang yang jahat, tidak bermoral kepada orang ramai dan mengalami trauma disebabkan insiden tersebut.

“Emelda dan Amyza melakukan melakukan penyiaran dan komen-komen yang salah, menyedari ianya palsu dengan sengaja membahayakan kedudukan imej, jenama peribadi dan reputasi anak guam kami. Kedua-dua individu tersebut menerbitkan tuduhan palsu dan finah mengenai anak guam.

“Zarina digambarkan sebagai seorang individu yang jahat dan tidak bermoral kepada orang ramai dan mengalami trauma disebabkan insiden ini. Mereka tidak mempunyai sokongan fakta ketika berulang kali menuduh dan menerbitkan hantaran dan komen yang merujuk kepadanya.

Dalam pada itu, peguam Zarina memberitahu pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang jika surat tuntutuan tersebut tidak dijawab dalam masa tujuh hari.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");