Berita Hari Ini

Zoo Negara perlu sumbangan daging, sayur, buah

Penularan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut memberi kesan kepada Zoo Negara apabila bekalan makanan bagi taman haiwan itu turut terjejas.

Ini kerana makanan haiwan di Zoo Negara yang sebelum ini bergantung kepada hasil penjualan tiket masuk, sewaan tempat acara, tajaan syarikat dan sumbangan orang ramai terjejas selepas pelaksanaan PKP.

Pegawai Zoologinya Wan Noor Hayati Wan Ab Aziz menyeru orang ramai supaya tampil menyumbang daging, sayur-sayuran dan buah-buahan bagi bekalanan makanan haiwan di taman itu,

“Makanan utama iaitu daging, sayur dan buah amat diperlukan dengan jumlah yang banyak untuk bekalan makanan haiwan jenis herbivor dan karnivor di zoo ini. Kami mengalu-alukan sumbangan pihak luar pada ketika ini,” katanya yang dipetik Bernama.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama selepas menerima sumbangan daripada Tesco Malaysia dan Restoran Maruki Ramen melalui syarikat Kembara Kitchen, semalam.

Orang ramai atau pihak luar yang ingin menyalurkan sumbangan berbentuk bahan mentah boleh terus e-mel ke [email protected] atau sumbangan wang tunai melalui pautan di sini. 

Terdahulu, Zoo Negara menerima sumbangan bahan mentah berupa ayam, ikan dan hati ayam daripada Tesco Malaysia dan Restoran Maruki Ramen.

Pengasas bersama Kembara Kitchen Yilyn Chan berkata pihaknya akan membantu menghantar sumbangan bahan mentah daripada dua syarikat berkenaan pada setiap hari Selasa dan Jumaat sepanjang tempoh PKP.

Sabtu lalu, Timbalan Presiden Zoo Negara Rosly Ahmat Lana berkata Zoo Negara terpaksa menggunakan tabung kecemasannya yang hanya mampu bertahan selama 3 bulan sahaja untuk meneruskan operasi.

Tabung kecemasan tersebut adalah peruntukan yang diwujudkan khusus oleh pihak pengurusan Persatuan Zoologi Malaysia (MSZ) untuk keadaan seperti di luar jangka ini memetik MKini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");