Berita Hari Ini

1,158 Kenderaan Cuba Rentas Negeri Sehari Sebelum Raya

PUTRAJAYA: Sebanyak 1,158 kenderaan cuba merentas negeri semalam, sehari sebelum raya, atas alasan balik kampung, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob.

Angka tersebut menunjukkan pengurangan berbanding 1,613 pada hari sebelumnya.

Ismail melaporkan Selangor mencatatkan cubaan rentas negeri tertinggi dengan 460 kenderaan, diikuti Melaka (121) dan Negeri Sembilan (95).

“Polis juga mengenakan 162 sekatan jalan raya rentas sempadan negeri di seluruh negara dan memeriksa 157,364 kenderaan,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, semalam, polis menahan 156 orang dan reman 50 individu atas kesalahan melanggar tatacara operasi standard perintah kawalan pergerakan bersyarat.

Kompaun juga dikeluarkan terhadap 106 individu atas kesalahan sama lapor FMT.

“Kerjasama dan kawalan kendiri daripada anda semua amat penting dalam memerangi pandemik Covid-19 ini,” katanya.

Semalam, pasukan petugas khas operasi pematuhan membuat 97,552 pemeriksaan, ke atas 7,435 pasar raya, 5,131 restoran, 1,415 penjaja, 1,024 kilang dan 4,203 bank.

Pemeriksaan juga dibuat di 1,322 terminal pengangkutan darat, 236 terminal pengangkutan air, dan 349 terminal pengangkutan udara, memeriksa 30,702 buah kenderaan persendirian, 2,052 kenderaan awam, dan 286 vessel.

“Turut diperiksa 10,637 pasar awam, 4,045 tempat ibadah, 944 tempat riadah, dan 636 tapak binaan,” katanya.

Pemeriksaan dijalankan 3,479 pasukan pematuhan, melibatkan seramai 18,297 anggota.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");