Perak Hari Ini

18 Remaja Ditahan Langgar PKPB Kantoi Berparti

IPOH- Seramai 18 remaja ditahan selepas didapatimelepak dan berhibur di sebuah rumah di Apartment Casa Kayangan Meru dalam ops Cantas Covid/Noda tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner, A Asmadi Abdul Aziz berkata kesemua mereka ditahan berikutan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut Asmadi, pihaknya mendengar bunyi muzik yang kuat dan mengetuk pintu beberapa kali.

“Pihak polis telah mengetuk pintu beberapa kali supaya penghuni membuka pintu, namun penghuni gagal membuka pintu dan cuba melarikan diri.

“Anggota yang terlibat diarahkan supaya memecahkan pintu dan setelah berjaya, dapati keadaan musik terpasang malahan penghuni cuba melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, pihak polis bagaimanapun telah menangkap 14 orang remaja lelaki dan empt orang remaja perempuan.

“Hasil pertanyaan sebab sebab kesemua penama gagal memberi alasan munasabah melepak dan berhibur.

“Tangkap semua suspek kerana dengan cuai melanggar seksyen 269 KK dan juga Peraturan Sek 7 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 serta gagal kemukakan apa apa lesen atau permit untuk mengadakan satu pesta hiburan musik persendirian.

“Kemudian tangkapan di bawa balik ke IPD Ipoh untuk tindakan lanjut,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");