Perak Hari Ini

3 Lagi Exco Perak Dilantik

IPOH- Tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak telah mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazri Muizzuddin Shah bagi mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak hari ini.

Baginda dalam titahnya menyebut, baginda telah memberi perkenan untuk Menteri Besar mengangkat sumpah semula bagi jawatan sebagai Menteri Besar Perak pada 13 Mac 2020.

“Selanjutnya tujuh ahli Dewan Negeri mengangkat sumpah jawatan sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 31 Mac 2020, dan tiga orang lagi telah Beta perkenan mengangkat sumpah jawatan sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan pada pagi ini,” titah baginda.

Lantikan tersebut terdiri daripada tiga orang ADUN Umno yang mana sekaligus melengkapkan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang telah dilantik.

Mereka yang dilantik sebagai Exco kerajaan negeri yang baharu adalah ADUN Lintang, Datuk Zolkafly Harun; ADUN Bota, Khairul Shahril Mohamed dan ADUN Changkat Jering, Ahmad Saidi Mohamad Daud.

Terdahulu, turut mengangkat sumpah sebagai Exco ialah ADUN yang pernah menjawat jawatan Exco pada sebelum ini iaitu ADUN Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamahri, ADUN Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad; ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan ADUN Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin Mohamamed Radzi.

Turut dilantik, ADUN Gunung Semanggol, Razman Zakaria; ADUN Kampong Gajah, Datuk Wan Norashikin Wan Noordin serta ADUN Selama, Mohd Akmal Kamarudin.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata, perlantikan Exco tersebut adalah bagi mengisi tiga portfolio yang kini dipangku oleh tiga Exco sedia ada seperti mana diumumkan sekali gus melengkapkan pembentukan jentera pentadbiran Kerajaan Negeri selari dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");