Berita Hari Ini

8 ditahan selepas laporan liwat, dera di rumah kanak-kanak

Sepasang suami isteri yang mengendalikan sebuah rumah kebajikan di Gombak antara 8 individu ditahan malam tadi selepas laporan eksploitasi, meliwat dan mendera kanak-kanak di pusat itu.

Lapan individu itu, termasuk anak saudara pasangan terbabit, akan direman 4 hari untuk membantu siasatan.

Minggu lalu, FMT melaporkan dakwaan kanak-kanak di rumah itu yang anak saudara pasangan terbabit meliwat mereka selama bertahun-tahun.

“Dia (anak saudara) antara mereka yang ditahan pada 8 malam semalam. Siasatan masih di peringkat awal, jadi saya tidak boleh mendedahkan terlalu banyak,” kata Ketua Polis Daerah Gombak, Arifai Tarawe kepada FMT.

“Mereka akan direman sehingga Ahad.”

Pasangan itu yang mengendalikan rumah untuk kanak-kanak daripada keluarga kurang bernasib baik, disoal siasat polis pada 5 Mei lalu. Semua 36 kanak-kanak di pusat berkenaan turut disoal siasat.

Minggu lalu, seorang wanita yang pernah tinggal di rumah itu selama 10 hari memberitahu FMT, kanak-kanak di sana memberitahunya mereka pernah diliwat sejak beberapa tahun lalu.

Mereka turut memberitahu dipaksa bekerja selama 15 jam sehari, melakukan kerja seperti membungkus ikan bilis untuk dijual atau melipat ang pow.

Katanya, mereka akan dirotan pasangan itu jika tidak menyiapkan tugas pada masa ditetapkan.

Wanita itu yang mendakwa beliau menyaksikan penderitaan itu sendiri, membuat laporan di ibu pejabat polis pada 5 Mei lalu.

Ketika FMT bercakap dengan pasangan itu pada 5 Mei lalu, mereka berkata, dakwaan meliwat itu ialah “isu lama” yang sudah disiasat polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mereka turut mendakwa “tidak mungkin” anak saudara mereka yang membantu menjaga kanak-kanak itu, melakukan perbuatan demikian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");