Berita Hari Ini

Ahli Parlimen Jelebu Dilantik Pengerusi Baharu UDA

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melantik Datuk Jalaluddin Alias sebagai Pengerusi UDA Holdings Bhd (UDA) berkuat kuasa semalam.

BH Online melaporkan, Jalaluddin yang juga Ahli Parlimen Jelebu merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Jelebu, sebelum ini pernah menjawat jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan (Pengerusi Bertindak Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan).

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan pernah bertugas serta mempunyai pengalaman bekerja sebagai Pegawai Khas Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah/Jempol dan Jelebu pada 1990 hingga 1991.

“Kami mengalu-alukan pelantikan Pengerusi baharu UDA dalam barisan kepimpinan syarikat dan berharap beliau akan dapat menyuntik semangat dan menjadi aspirasi untuk UDA terus mencapai kecemerlangan serta bersedia menggalas setiap amanah yang diberikan,” kata MEDAC dan UDA dalam satu kenyataan bersama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");