Perak Hari Ini

Akan Sedaya Upaya Berlaku Adil- Speaker DUN Perak

IPOH- Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, beliau akan sedaya upaya untuk berlaku adil dan saksama ketika menyandang jawatan tersebut.

Katanya, ketika ini beliau bukanlah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perikatan Nasional tetapi berperanana sebagai Speaker DUN Perak.

“Saya akan cuba sedaya upaya untuk berlaku adil dan saksama kepada semua ahli-ahli dewan.

“I’m an independent Speaker yang bertugas dan bertanggungjawab dalam memastikan semua urusan dewan berjalan dengan baik, tertib dan lancar,” katanya kepada media hari ini.

Sementara itu, beliau juga berkesempatan merakamkan ucapan terima kasih kepada Mantan Speaker, Datuk Ngeh Koo Ham dan Manan Timbalan Speaker¸ Aminuddin Zulkapli atas kidmat bakti mereka untuk beberapa tahun yang lepas.

Beliau turut mengulas mengenai kedudukan sebagai Adun Bebas yang mana katanya, ianya selari dengan mantan-mantan Speaker terdahulu.

“Saya rasa Yang Di Pertua Dewan sebelum ini walaupun merupakan ahli parti yang lain, tetapi mereka juga membawa suara bebas. Itu yang saja boleh cakap,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");