Perak Hari Ini

Akur Lanjutan PKPB, Anggap Sebagai Satu Pengorbanan- MB

IPOH- Kerajaan Perak menyambut baik keputusan Kerajaan Persekutuan bagi mengatasi penularan wabak koronavirus (Covid-19) dengan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama empat minggu lagi sehingga 9 Jun 2020.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pihaknya akur dengan keputusan tersebut kerana ia membuktikan bahawa keselamatan dan kesihatan rakyat adalah perkara asas yang amat diberikan perhatian serius oleh Kerajaan Persekutuan.

Katanya, sebagai umat Islam, kita seharusnya melihat perkara tersebut dari sudut pandang yang lebih baik.

“Bagi umat Islam, marilah kita melihat akan hikmah di sebalik arahan untuk tidak pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk tahun ini.

“Anggaplah ia sebagai pengorbanan kita bagi terus mengekang penularan pandemik Covid-19 ini. Malahan, ia juga mampu mengelakkan risiko jangkitan wabak ini kepada ibu bapa di kampung halaman,” katanya dalam satu kenyataan mengulas pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Menurut beliau, Kerajaan Persekutuan sudah pasti telah meneliti sedalam-dalamnya semua perkara yang dikemukakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum membuat keputusan melanjutkan PKPB.

“Statistik semasa turut menunjukkan kita telah mampu mengawal penularan wabak ini sehingga membolehkan kerajaan memutuskan untuk membuka semula kegiatan ekonomi,” katanya.

Walaubagaimanpun tambah Ahmad Faizal, semua warga perlu menggunakan kelonggaran ini dengan penuh tanggungjawab dengan mengamalkan norma baharu khususnya menjaga penjarakan sosial, selalu mencuci tangan dan menjaga kebersihan diri.

“Jangan jadikan kelonggaran yang ini sebagai pencetus kepada wujudnya kluster-kluster jangkitan baharu. Ingat, sentiasa jalankan tanggungjawab #kitajagakita kerana kita masih belum menang dalam peperangan ini.

“Hargai pengorbanan semua petugas barisan hadapan yang berkorban nyawa demi rakyat dan negara tercinta ini.

“Marilah kita doakan agar setiap rakyat terselamat daripada dijangkiti, manakala mereka yang disahkan positif jangkitan Covid-19 ini dapat disembuhkan dengan segera dan sama- sama kita bangunan semula ekonomi Negara tercinta ini,” katanya.

Bagi pihak jentera pentadbiran Kerajaan Negeri Perak, kita akur dengan keputusan ini kerana ia membuktikan bahawa keselamatan dan kesihatan rakyat adalah perkara asas yang amat diberikan perhatian serius oleh Kerajaan Persekutuan. Bagi umat Islam, marilah kita melihat akan hikmah di sebalik arahan untuk tidak pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk tahun ini.

Anggaplah ia sebagai pengorbanan kita bagi terus mengekang penularan pandemik Covid-19 ini. Malahan, ia juga mampu mengelakkan risiko jangkitan wabak ini kepada ibu bapa di kampung halaman.

Alhamdulillah statistik semasa menunjukkan kita telah mampu mengawal penularan wabak ini sehingga membolehkan kerajaan memutuskan untuk membuka semula kegiatan ekonomi.

Namun kita perlu menggunakan kelonggaran ini dengan penuh tanggungjawab dengan mengamalkan norma baharu khususnya menjaga penjarakan sosial, selalu mencuci tangan dan menjaga kebersihan diri.

Jangan jadikan kelonggaran yang ini sebagai pencetus kepada wujudnya kluster-kluster jangkitan baharu. Ingat, sentiasa jalankan tanggungjawab #kitajagakita kerana kita masih belum menang dalam peperangan ini. Hargai pengorbanan semua petugas barisan hadapan yang berkorban nyawa demi rakyat dan negara tercinta ini.

Marilah kita doakan agar setiap rakyat terselamat daripada dijangkiti, manakala mereka yang disahkan positif jangkitan Covid-19 ini dapat disembuhkan dengan segera dan sama- sama kita bangunan semula ekonomi Negara tercinta ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");