Membawang Hari Ini

Amran Tompel Mula Jadi Pelupa

ANAK pelakon dan pelawak, Amran Tompel, 70, iaitu Suhaila Amran mengakui bapanya mula menunjukkan gejala pelupa selepas terlantar akibat diserang angin ahmar.

Menerusi laporan Harian Metro, Suhaila, 27, berkata, terdapat beberapa perkara dan insiden yang berlaku sudah tidak dapat diingat bapanya sehingga terpaksa dijelaskan beberapa kali.

“Alhamdulillah keadaan ayah baik-baik saja cuma saya nampak dia sudah mula menjadi pelupa. Contohnya, dia baru minum air kemudian dia meminta semula air kerana belum meminumnya.

“Selain itu, dia juga ada beritahu tiada siapa pedulikannya apabila tiada adik-beradik yang bertanya khabar sedangkan mereka ada menghubunginya.

“Kadang-kadang dia juga selalu terbawa-bawa cerita mimpi ke dunia nyata. Contohnya apabila dia bangun dari tidur dia tanya bukankah dia sudah diculik dan banyak lagi insiden lain,” katanya.

Menurut Suhaila, bapanya juga kurang selera makan sehingga berat badannya semakin menurun.

“Dia memang tiada selera makan dan hanya kerap minum air sahaja. Dia juga selalu memesan air oren daripada kami. Kami cuba bagi ayah makan tapi baru makan secubit dia sudah muntah. Sekarang ini kami beri dia susu hasil duit bantuan yang diterima,”katanya.

Menurut Suhaila, bapanya dimasukkan ke Hospital Jelebu, Negeri Sembilan pada awal Mac lalu selepas mengadu tangan kirinya tidak boleh bergerak. Bagaimanapun, selepas empat hari dia dibenarkan pulang.

“Ayah seorang yang sangat kuat. Dia cuba gerakkan badannya walaupun tangan dan kaki kirinya lumpuh. Selepas dia menjalani urutan tradisional, keadaannya ada sedikit perubahan seperti terasa sakit pada bahagian yang dipegang,” katanya.

Amran atau nama sebenarnya Amran Aman Ramlie kini terlantar di rumah sewa anaknya di Taman Matahari Height Senawang, Seremban sejak lebih sebulan lalu.

Beliau yang pernah mewarnai industri lakonan tanah air sekitar 1990-an sehingga 2014, sebelum ini pernah beberapa kali diserang angin ahmar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");