PU Azman kesal kerana masih lagi ramai masyarakat Melayu yang beragama Islam menyebarkan berita yang tidak benar.
Setiap kali Ramadan kelima belas yang jatuh pada hari Jumaat dikatakan akan berlaku bencana dan perkara ini viral memenuhi laman media sosial.
“Dakwaan yang viral itu sudah ratusan tahun tersebar. Iaitu dakwaan yang mengatakan 15 Ramadhan jatuh hari Jumaat akan berlaku bencana dukhan, gempa, jeritan, pengsan dan sebagainya.
“Kalau ikutkan ada beberapa kali 15 Ramadhan jatuh hari Jumaat dalam abad ini saja.
15 Ramadhan 1433 / 03/08/2012.
15 Ramadhan 1425 / 29/10/2004.
15 Ramadhan 1417 / 26/01/1997.
15 Ramadhan 1409 / 21/04/1989.
“Tidak ada apa pun yang berlaku,” tulis PU Azman.Apa yang dikesalinya adalah semangat orang kita yang masih suka menyebarkan berita palsu sebegini sehingga menjadi viral.
“Dah berlalu 15 Ramadhan hari Jumaat 2020. Tidak ada apa yang berlaku sebagaimana yang viral. Apakah kita masih seronok menyebarkn sesuatu tanpa ilmu?
“Sesungguhnya antara musibah terbesar buat ummah ialah menyebarkan pembohongan atas nama Rasulullah,” tertulis pada entri yang dimuat naik oleh PU Azman.
Semoga kita semua dapat mengambil iktibar daripada menyebarkan berita palsu dan yang kita sendiri tidak tahu asal usul puncanya.
Jangan kita korbankan amalan dan ibadah puasa kita hanya dengan menyebarkan perkara yang tidak benar dan boleh merosakkan aqidah.