Berita Hari Ini
Like

Badan lesu, hilang deria bau, rasa juga gejala dijangkiti COVID-19

May 27, 2020
334 Views
0 Comments
1 minute read
Badan lesu, hilang deria bau, rasa juga gejala dijangkiti COVID-19

Kelesuan dan hilang deria bau serta rasa adalah antara simptom jangkitan COVID-19 yang dikesan dalam kalangan pesakit.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ketika ini, gejala yang diketahui umum adalah demam, batuk, selesema, cirit birit serta sesak nafas.

Beliau berkata, ada gejala yang ramai tidak sedar iaitu kelesuan serta hilang deria bau dan rasa.

“Ada mereka yang ke pejabat apabila diambil suhu ia normal, tetapi mereka ada masalah kelesuan, hilang deria bau serta rasa.

“Itu juga adalah gejala yang tidak kita maklum. Adalah penting kalau kita ambil tindakan, jika kita ada gejala yang nyata seperti demam dan batuk, kita pakai topeng muka dan jangan datang ke pejabat.

“Sebelum ini, pada mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri (JPM) ada pegawai yang datang, tidak ada gejala yang nyata seperti batuk, demam tetapi ada gejala kelesuan, kebetulan mereka yang menghadiri mesyuarat itu perlu menjalani ujian saringan, beliau didapati positif,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini sini, hari ini.

Justeru, Dr Noor Hisham berkata, walaupun ada mesin dan alat untuk mengukur suhu, tidak semestinya suhu yang normal itu, tidak ada gejala.

Komen & Pendapat

Comments are closed.