Berita Hari Ini

Balai Polis Terbakar, Penunjuk Perasaan Lepasi Penghadang

MINNEAPOLIS: Sebuah balai polis di Minnesota terbakar, kelmarin, dalam kejadian tunjuk perasaan berikutan tindakan anggota polis menyebabkan kematian seorang lelaki kulit hitam ketika digari sehingga mencetuskan bantahan di Minneapolis dan St Paul.

BH Online yang memetik AFP melaporkan balai itu yang ditinggalkan polis, terbakar selepas sekumpulan penunjuk perasaan melepasi penghadang di sekitar bangunan terbabit, memecahkan tingkap dan melaungkan slogan.

Semakin ramai menyertai kumpulan penunjuk perasaan berkenaan ketika api marak menjilat bangunan terbabit.

Mereka membantah kematian lelaki kulit hitam, George Floyd, 46, selepas ditahan polis Minneapolis pada Isnin lalu yang mengesyakinya menggunakan wang palsu.

Dalam insiden itu, polis menggari serta merebahkan Floyd ke atas jalan raya dengan rakaman video oleh saksi menunjukkan seorang anggota menekankan lututnya pada leher mangsa.

Berdasarkan rakaman video itu, kedengaran Floyd memberitahu tidak boleh bernafas sehingga dirinya senyap dan terkulai. Floyd kemudian disahkan meninggal dunia.

Susulan itu, ratusan orang mula berarak di Minneapolis pada lewat tengah hari, manakala di St. Paul pula, polis memaklumkan bahawa berlaku kekacauan dengan rompakan dan tembakan dilaporkan.

Pada sebelah petang, sekumpulan besar penunjuk perasaan berkumpul di Presint Polis Ketiga.

“Sejurus selepas jam 10 malam, demi keselamatan anggota kami, Jabatan Polis Minneapolis telah memindahkan kakitangan di Presint Ketiga,” kata pihak berkuasa bandar itu dalam satu kenyataan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");