Berita Hari Ini

Bank Negara Malaysia Gagal Melihat Kebajikan Rakyat Biasa – Anwar

KUALA LUMPUR: “Saya tidak kagum dengan menteri kewangan ketika itu,” kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Itu kenyataan Anwar ketika forum Parlimentary Rountable #1 Next Normal for Jobs yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook, di sini pada Jumaat.

Dalam forum yang dikendalikan oleh Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil itu, beliau bagaimanapun tidak merujuk mana-mana menteri kewangan secara spesifik.

Mengulas lanjut melihat pada pembangunan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Ahli Parlimen Port Dickson itu memberitahu, beliau tidak kagum dengan laporan itu memetik Astro Awani.

“Apa yang penting adalah kesejahteraan dan kebajikan rakyat biasa,” tambahnya.

Ekoran itu katanya, Bank Negara Malaysia (BNM) dan menteri-menteri ekonomi gagal melihat perkara-perkara melibatkan kebajikan rakyat biasa.

Beliau memberitahu, BNM seharusnya mengambil kira perkara ini termasuk kepada kepada rakyat biasa sebelum merangka sebarang polisi.

“Normal baharu tidak bermakna kita mengubah perjalanan rutin harian tetapi masih memegang kepada tradisi lama,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");