Berita Hari Ini

Bekerja Tanpa Henti Sejak Awal Tahun, Dr Noor Hisham Diberi Cuti Hari Ini

Selepas bekerja tanpa henti sejak awal tahun dan berdepan asakan soalan bertali arus oleh wartawan setiap hari, jurucakap KKM memberitahu Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham diberi cuti oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) daripada membuat sidang media.

KKM menerusi kemaskini di laman sosial Facebook (FB) hari ini (Sabtu) mengumumkan tiada sidang media oleh kementerian terbabit hari ini.

Bagaimanapun kenyataan akhbar bagi situasi semasa pandemik COVID-19 akan dikeluarkan pada jam 4.30 petang.

Menurut kemaskini itu lagi, sidang media akan kembali seperti biasa pada esok (Ahad), 10 Mei 2020.

KKM turut mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama rakyat Malaysia terutama pengikut FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Sentiasa jaga kebersihan diri seperti mencuci tangan menggunakan sabun dan air serta mengamalkan penjarakan sosial,” pesan KKM.

 

Di ruangan komen, rata-rata pengikut mengucapkan selamat ‘bercuti kepada Ketua Pengarah KKM itu dan mendoakan agar beliau akan dapat menikmati ‘cuti sebenar’ tidak lama lagi.

“Kasihan tuan DG, biarkanlah dia berehat sekejap…” antara komen ditulis warganet.

Biarpun tanpa kelibat Noor Hisham di televisyen, tugas memerangi penularan COVID-19 oleh petugas kesihatan di seluruh negara masih terus berjalan seperti biasa.

Pun begitu, difahamkan Dr Noor Hisham menghadiri mesyuarat harian seperti biasanya hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");