Berita Hari Ini

China Lapor 14 Kes Baru Covid-19, Kawasan Berisiko Tinggi Muncul Semula

BEIJING: Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China melaporkan 14 kes koronavirus baru yang disahkan pada 9 Mei, jumlah tertinggi sejak 28 Apr dan meningkat daripada hanya 1 kes sehari sebelumnya, menurut data yang diterbitkan pada Ahad.

Dua daripada kes baru itu jangkitan yang diimport. Baki 12 kes yang disahkan jangkitan tempatan, termasuk 11 kes di wilayah timur laut Jilin.

Sebanyak 20 kes baru tanpa gejala dikenal pasti, yang tertinggi sejak 1 Mei dan meningkat daripada 15 kes sehari sebelumnya, menurut suruhanjaya kesihatan.

Tiada kematian baru dilaporkan, kata suruhanjaya itu.

Jumlah keseluruhan kes koronavirus yang disahkan di China mencecah 82,901 pada 9 Mei, sementara jumlah kematian akibat virus itu kekal 4,633, katanya.

Pada Ahad, wilayah Jilin menaikkan tahap risiko koronavirus di kota Shulan daripada sederhana kepada tinggi selepas 1 kluster membabitkan 11 kes disahkan di Shulan.

Langkah itu diambil selepas semua kawasan di China dianggap berisiko rendah pada Khamis.-Reuters

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");