Berita Hari Ini

COVID-19: 35 pegawai kanan kerajaan diarah jalani kuarantin diri

Seramai 35 pegawai kanan kerajaan kini menjalani kuarantin diri selama 14 hari, selepas menghadiri mesyuarat bersama seorang yang dikesan positif COVID-19.

Langkah kuarantin itu juga diambil oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang hadir mempengerusikan mesyuarat berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata saringan terhadap mereka setakat ini mendapati masing-masing adalah negatif jangkitan tetapi tetap menjalani kuarantin sebagai mematuhi prosedur ditetapkan.

Beliau berkata, keperluan setiap penjawat awam yang menghadiri mesyuarat menjalani saringan bagi membendung penularan COVID-19, membolehkan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan jangkitan pada pegawai berkenaan.

“Untuk pengetahuan semua, setiap daripada kami (penjawat awam) sebelum menghadiri mesyuarat, perlu mengambil sampel (ujian saringan) masing-masing.

“Daripada itu, berupaya mengesan seorang pegawai positif ketika menghadiri mesyuarat (bersama Perdana Menteri). KKM yang mengesan perkara itu mendapati ada 35 lagi yang menghadiri mesyuarat terbabit.

“Bagaimanapun, ujian saringan dilakukan ke atas mereka mendapati 35 individu terbabit negatif COVID-19. Namun semua mereka perlu menjalani kuarantin 14 hari,” katanya pada sidang media harian COVID-19 di sini, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");