Berita Hari Ini

COVID-19: Kembali PKP jika kebolehjangkitan terus meningkat – KP Kesihatan

Tahap pematuhan masyarakat terhadap prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Kementerian Kesihatan, bakal menentukan sama ada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terus disambung pada Isnin depan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkemungkinan akan dilaksanakan semula jika nilai ‘R naught’ (R) atau kebolehjangkitan COVID-19 melebihi 1.6, selepas 18 Mei ini.

“Kita masih memantau nilai R bagi tempoh PKPB. Nilai R 0.3 yang kita catatkan, hari ini, adalah hasil pelaksanaan PKP 3 dan 4 sebelum ini.

“Kita akan kembali kepada PKP jika nilai R terus meningkat. Keputusannya akan bergantung pada jumlah kes harian dari semasa ke semasa.

“Selain itu, nilai R juga dijangka meningkat kepada 1.6 pada pertengahan Jun depan jika orang ramai gagal mematuhi SOP ditetapkan sepanjang sambutan Aidilfitri nanti,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");