Perak Hari Ini

Covid-19: Kerajaan Perak Turut Sokong Sektor Perlancongan Yang Terjejas

IPOH- Menyedari kepentingan strategik sektor pelancongan, Kerajaan Perak mengambil langkah proaktif dengan merangka strategi dan inisiatif bagi menyokong pemulihan industri pelancongan dengan peruntukan sebanyak RM10.84 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, seperti mana yang sedang berlaku di seluruh dunia, sektor pelancongan di negeri Perak juga sangat terkesan akibat pandemik Covid-19 di mana ia juga telah merubah lanskap kehendak, permintaan, pendekatan promosi dan sebagainya.

Katanya, untuk merangsang pemulihan sektor pelancongan, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM3.06 juta bagi menambah baik dan mempelbagaikan Strategi Penggalakkan Pelancongan.

“Antara inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi Bagi Sektor Pelancongan adalah projek Naik Taraf Infrastruktur Pelancongan seperti pembinaan Outdoor Amphitheatre di Taman D.R Seenivasagam, menaik taraf kawasan-kawasan Geopark Lembah Kinta, kemudahan pelancongan di Ban Pecah, Kerian, membina Jeti Terapung ke Pulau Bangau, Teluk Intan dan Pembangunan Infrastruktur Pulau Bebas Cukai Pangkor. Ini semua dilakukan bagi menyediakan sektor pelancongan bagi menerima kehadiran pelancong selepas berakhirnya ancaman pandemik Covid-19.

“Strategi Penggalakkan Pelancongan melibatkan aspek promosi, pemasaran, penganjuran acara, digitalization dan pembangunan.

“Tambahan peruntukan sebanyak RM0.5 juta dikhususkan bagi penganjuran program-program pemerkasaan komuniti seni, budaya dan warisan negeri Perak,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas semasa mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Perak Fasa 2, hari ini.

Selain itu katanya, Kerajaan Negeri juga akan memberikan Pengecualian Bayaran Kadar Cukai Tiket kepada pengusaha taman tema sehingga 31 Disember 2020 dan Pengecualian Bayaran Pembaharuan Lesen Hotel kepada 560 hotel yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Kita berharap para pengusaha taman tema dan hotel akan memanfaatkan pengecualian ini untuk menaik taraf kemudahan di premis masing-masing supaya dapat menarik para pelancong selepas PKP ditarik balik kelak,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");