Berita Hari Ini

Covid-19: Kes Meningkat, Sepang Hampiri Zon Merah

SHAH ALAM – Peningkatan sebanyak 29 kes baharu koronavirus (Covid-19) di mukim Labu semalam menyebabkan daerah Sepang kini menghampiri status zon merah.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) menerusi info grafik yang dikongsikan di Facebook rasminya memaklumkan, tiada perubahan demografi kes aktif bagi mukim jika dibandingkan dengan jumlah kes kelmarin.

Menurut kenyataan itu, peningkatan drastik kes aktif Covid-19 di mukim Labu menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 36 kes dan kini mukim itu turut menghampiri zon merah.

“Diingatkan bahawa tiada lagi sambutan fizikal dan ziarah Aidilfitri dibenarkan. Semua warga Selangor diminta untuk patuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai (PKPBD),” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menerusi akaun Facebook memaklumkan Selangor mencatatkan peningkatan kes baharu empat hari berturut-turut lapor Sinar Harian.

“Haruslah diingatkan bahawa tiada lagi kelonggaran Aidilfitri dan warga Selangor diminta untuk patuh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),’ menurut kenyataan yang dimuat naik.

Dalam pada itu, sehingga jam 12 tengah hari semalam, Selangor mencatat 53 kes baharu (50 kes tempatan dan tiga kes luar negara) menjadikan jumlah keseluruhan yang dijangkiti Covid-19 di negeri ini meningkat kepada 1,829 kes.

Seramai 1,503 pesakit dilaporkan sudah sembuh manakala 244 kes masih aktif.

Daerah Kuala Langat masih kekal zon hijau, Hulu Langat berada di zon merah manakala tujuh lagi daerah iaitu Sepang, Petaling, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Klang dan Sabak Bernam ditakrif sebagai zon kuning.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");