Berita Hari Ini

COVID-19: Negara lain puji Malaysia

Negara luar termasuk China memuji usaha yang dilakukan Malaysia dalam mengekang COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata antara pujian yang diberikan ialah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilihat antara yang terbaik berbanding negara lain.

“Mereka mengagumi usaha yang dilakukan oleh Malaysia khususnya persediaan kita, termasuk kemampuan menyediakan tujuh buah hospital untuk merawat pesakit COVID-19.

“Mereka juga memberi pandangan terhadap kepentingan menjaga dan menguatkan sempadan negara untuk mengelakkan peningkatan wabak itu,” katanya.

Dr Noor Hisham menjelaskan, ketika ini kementerian sedang belajar mengenai aspek teknikal dalam menangani COVID daripada negara-negara, termasuk China.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");