Berita Hari Ini

COVID-19: Perintah Berkurung Kurangkan Peningkatan Kes Ketika Sambutan Aidilfitri

RIYADH: Kelonggaran sekatan perintah berkurung di kebanyakan negara yang sedang meraikan Aidilfitri dikhuatiri meningkatkan kembali penularan jangkitan.

Kebanyakan umat Islam sedang meraikan sambutan Aidilfitri selama tiga hari dengan amalan tradisi seperti solat sunat Aidilfitri berjemaah di masjid, berkumpul dengan keluarga, memakaikan pakaian cantik, membeli hadiah dan manisan.

Namun tahun ini, hari lebaran disambut sederhana kerana kebimbangan penularan COVID-19, banyak negara semakin mengetatkan perintah berkurung yang dilonggarkan ketika Ramadan bagi mengekang jangkitan mendadak.

BH Online yang memetik AFP melaporkan misalnya Arab Saudi, Mesir, Turki dan Syria melarang solat sunat Aidilfitri bagi mengekang virus, sementara Arab Saudi kembali memulakan perintah berkurung selama lima hari selepas lebih empat kali ganda jangkitan meningkat sejak awal Ramadan menjadikannya paling tinggi di negara teluk, iaitu 72,000 kes.

Kaabah lengang tanpa jemaah, menyaksikan kawalan ketat pasukan keselamatan lengkap dengan langkah mengelakkan jangkitan dengan bilangan orang menunaikan solat dihadkan.

Di Masjid Al-Aqsa, kota suci umat Islam selepas Makkah dan Madinah, solat tidak dibenar diadakan, namun di Gaza, pihak berkuasa Hamas membenarkan ibadat itu biarpun kelmarin negara itu mencatatkan kematian pertama dengan jemaah dilihat memakai pelitup muka dan menjarakkan kedudukan solat antara satu sama lain.

Di Afghanistan, Taliban mengumumkan gencatan senjata tiga hari sebagai menghormati perayaan Aidlfitri sesuatu mengejutkan sejak pertempuran berdarah selama berbulan-bulan dengan pasukan Afghanistan selepas ia menandatangani perjanjian penting dengan Amerika Syarikat.

Di Somalia, sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan lebih dari 20 cedera dalam letupan semasa sambutan lebaran, sementara di

Kashmir yang ditadbir India, pihaknya berkuasa mengetatkan perintah berkurung lebih ketat selepas berlaku beberapa pertempuran antara pasukan kerajaan pemerintah dan pemberontak.

Di seluruh Asia, iaitu Indonesia hingga ke Pakistan, Malaysia dan Afghanistan, orang ramai memenuhi pasar raya untuk berbelanja bagi mengadakan persiapan Aidilfitri, sekali gus dikhuatiri melanggar garis panduan COVID-19.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");