Berita Hari Ini

COVID-19 : Singapura Catatkan Kematian Ke-15

SINGAPURA – Singapura mengesahkan 528 kes baharu jangkitan COVID-19 dan satu lagi kematian semalam, menjadikan jumlah korban wabak itu kepada 15.

Bernama melaporkan, dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat Khamis, Kementerian Kesihatan republik itu (MOH) berkata seorang pesakit wanita yang merupakan kes 703 meninggal dunia semalam di Hospital Besar Ng Teng Fong.

Berusia 58 tahun, rakyat Singapura itu disahkan dijangkiti COVID-19 pada 26 Mac.

Setakat ini, 1,244 kes telah pulih daripada jangkitan dan dibenarkan keluar dari hospital atau kemudahan isolasi komuniti, sementara 22 kes di dalam unit rawatan rapi (ICU).

Singapura melaporkan dua kes kematian pertama pada 21 Mac.

Sementara itu, 93 peratus daripada kes baharu semalam atau 488 kes merupakan pekerja warga asing yang tinggal di asrama.

Setakat Khamis, kementerian itu berkata tiga daripada mereka berada di ICU, dua daripadanya masing-masing dimasukkan ke hospital pada 18 dan 19 April dipindahkan ke unit rawatan itu apabila keadaan mereka bertambah teruk.

Seorang lagi dimasukkan terus ke ICU dan disahkan dijangkiti COVID-19 kemudian, katanya.

Sementara yang lain kebanyakan mereka masih belum dalam keadaan serius dan dipantau di kemudahan isolasi komuniti atau wad hospital, kata kementerian itu.

Setakat semalam, kes kumulatif COVID-19 di republik itu adalah sebanyak 16,169.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");