Berita Hari Ini

COVID-19: Singapura Rekod Kematian Ke-22

SINGAPURA: Satu lagi kematian akibat COVID-19 dilaporkan di republik ini semalam membabitkan seorang warga emas, meningkatkan angka maut kepada 22 mangsa.

BH Online melaporkan Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura, dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat semalam, mengumumkan 1,094 kes dibenarkan keluar hospital.

Kes kematian terkini membabitkan seorang lelaki Singapura berusia 67 tahun, yang meninggal dunia pada Jumaat lalu di Hospital Besar Sengkang.

Warga emas itu, yang juga kes 1,516 disahkan dijangkiti COVID-19 pada 7 April lalu dan mempunyai sejarah penyakit jantung iskemik, hipertensi dan hiperlipidemia.

Singapura melaporkan dua kematian pertama akibat COVID-19 pada 21 Mac.

Semalam, republik itu mengesahkan 465 kes jangkitan COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 27,356 kes.

MOH memaklumkan bilangan kes lebih rendah semalam disebabkan hanya sedikit ujian diproses kerana satu makmal ujian sedang mengkaji prosesnya berikutan masalah penentukuran alat untuk kit ujian dan memerlukan masa untuk meningkatkan kemampuan pengujiannya.

Daripada 465 kes itu, tiada kes import dilaporkan, lima kes adalah dalam kalangan masyarakat, tiga kes membabitkan pemegang permit kerja yang tinggal di luar asrama dan 457 pekerja asing di asrama.

Pada masa ini, terdapat 1,111 kes yang disahkan masih berada di hospital dan kebanyakannya stabil atau bertambah baik manakala 16 kes berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi, menurut kenyataan itu.

Sebanyak 17,881 kes dengan gejala ringan atau secara klinikal sihat tetapi positif ujian COVID-19 diasingkan dan dirawat di pusat kemudahan masyarakat.

Republik itu juga mengenal pasti tiga lagi kluster baharu semalam, manakala kluster terbesar, S11 Dormitory @ Punggol merekodkan 2,569 kes yang disahkan setakat ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");