Berita Hari Ini

COVID-19: Sogo hadkan 6,000 pengunjung

Kompleks beli belah Sogo hanya membenarkan 6,000 pengunjung pada satu-satu masa dengan pemantauan pihak pengurusan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di setiap pintu masuk.

Kehadiran pengunjung akan dipantau berdasarkan pengiraan setiap pelanggan yang direkodkan di setiap pintu masuk dan keluar kompleks berkenaan.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Sogo, Raymond Teo, berkata setiap pelanggan juga akan diarahkan untuk menjarakkan diri dalam skala 100 kaki persegi bagi setiap orang semasa berada dalam kompleks Sogo.

“Sejajar dengan arahan kerajaan, Sogo benar-benar komited untuk memastikan penjarakan sosial setiap pengunjung menjadi keutamaan.

“Kami juga akan melakukan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dengan melakukan pemeriksaan kesihatan bagi setiap pengunjung seperti suhu badan, memberikan pembasmi kuman dan meminta mereka memakai topeng penutup mulut dan hidung,” katanya selepas lawatan pemantauan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, hari ini.

Raymond berkata, Sogo membuka operasinya dari jam 10 pagi hingga 9.30 malam dari Ahad hingga Khamis dan 10 pagi hingga 10 malam dari jam 10 malam untuk hari Jumaat dan Sabtu.

“Antara premis yang tidak dibenarkan beroperasi ialah salun kecantikan, salun rambut wanita, kedai gunting rambut lelaki serta taman tema permainan kanak-kanak.

“Kami juga sudah menjarakkan kawasan medan selera dalam kompleks ini, iaitu dua meter setiap meja bagi mencegah penularan dan penyebaran COVID-19,” katanya.

Orang ramai dan pengunjung juga akan diberi nasihat oleh pihak pengurusan Sogo sekiranya mereka tidak mengamalkan penjarakan sosial.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");