Berita Hari Ini

COVID-19: Zon Merah Menurun Kepada 8 Daerah

PUTRAJAYA: Lapan daerah di negara ini masih berada dalam kategori zon merah penularan COVID-19.

Jumlah terbabit menurun berbanding sebelum ini merekodkan 30 daerah pandemik itu di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Zon Hijau kini meningkat kepada 91 kawasan, manakala Zon Kuning adalah 58 kawasan.

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan lapan zon merah yang ada ialah Lembah Pantai dengan 258 kes aktif, Kepong (84), Titiwangsa (74), Hulu Langat (50), Johor Bahru (46) dan Kluang (70).

Selain itu, di Sarawak masih ada dua kawasan yang dikategorikan zon merah iaitu di Kuching yang masih mencatatkan 143 kes aktif serta Kota Samarahan sebanyak 54 kes aktif.

Bagi kawasan yang dahulunya dikategorikan sebagai zon merah, kini dilihat beransur pulih dan ditukarkan ke zon kunin kerana pengurangan jumlah pesakit aktif COVID-19 di kawasan masing-masing.

Sehingga kini, empat negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan kini sudah bebas dari kawasan penularan COVID-19 dan dikategorikan sebagai zon hijau selepas tidak lagi mencatatkan kes aktif di semua daerahnya.

Malaysia kini mencatatkan sebanyak 6,071 kes COVID-19 dan daripada jumlah berkenaan sebanyak 1,758 kes yang masih aktif. Setakat ini, negara ini sudah mencatatkan sebanyak 103 kematian disebabkan virus berkenaan memetik Berita Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");