Perak Hari Ini

Cubaan Rentas Negeri: 5 Dikompaun Dan Diarah Berpatah Balik

BAGAN SERAI- Sebanyak lima notis kompoun telah dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, kepada individu yang cuba merentas sempadan negeri sehingga semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, berkata kelima-lima kompoun itu dikeluarkan pihaknya dalam beberapa Sekatan Jalan Raya (SJR) daerah ini yang diadakan bermula 21 Mei lalu.

Katanya, kesemua yang dikompoun juga telah pun diarahkan untuk berpatah balik.

“Bermula 21 Mei lalu, sebanyak lima kompoun dikeluarkan pihak polis kepada individu yang ingkar dan cuba merentasi sempadan negeri.

“Kesemua mereka yang dikompoun tidak mempunyai alasan kukuh malah langsung tidak mempunyai sebarang surat kebenaran dari pihak polis,” katanya ditemui media ketika meninjau SJR yang diadakan di hentian Rehat & Rawat (R&R) Alor Pongsu, arah selatan, semalam.

Tegas beliau, pihak polis memberi amaran tegas mengenai perkara tersebut dan tidak akan bertolak ansur atau berkompromi dengan mana-mana pihak.

Menurutnya lagi, selain pemantauan di SJR pihaknya turut melakukan rondaan dikawasan kampung dan taman perumahan bagi memantau tahap sistem operasi standart (SOP) sepanjang hari raya dipatuhi masyarakat.

“Berdasarkan rondaan dan pemantauan yang dibuat, tahap kepatuhan SOP dari masyarakat daerah Kerian boleh dikatakan mencapai 99 peratus.

“Hanya terdapat satu kes cubaan berkumpul beramai-ramai oleh sekumpulan anak muda di Taman Serai Permai, disini, namun pihak polis telah bertindak memberi amaran dan mengarahkan mereka bersurai.

“Dari segi SOP menyambut perayaan dirumah pula, pihak polos mendapati 100% penduduk dan masyarakat daerah Kerian mematuhi arahan yang diberikan,”katanya.

Sementara itu tambah Omar, kadar jenayah di daerah ini menurun lebih 70 peratus semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semenjak Mac lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");