Berita Hari Ini

Di ‘medan perang berbeza’, Noor Hisham minta rakyat patuh SOP setiap sektor

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah meminta orang ramai agar terus memainkan peranan masing-masing dalam melawan wabak Covid-19, dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi setiap sektor.

Beliau berkata kerajaan sedang memainkan peranannya dalam menangani pandemik tersebut, maka orang awam juga perlu berbuat perkara sama dengan “mengamalkan kepatuhan sosial dan tanggungjawab sosial”.

“Kami di Kementerian Kesihatan (KKM) menggesa orang awam agar bersama-sama dengan kita dan pastikan patuh (nasihat dan ketetapan berkenaan Covid-19).

“Covid-19 kini sebahagian daripada komuniti kita, satu-satunya cara untuk melindungi diri kita, pada asasnya, adalah dengan mematuhi SOP ditetapkan kementerian,” katanya ketika sidang media di Putrajaya hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan kebanyakan sektor ekonomi akan dibuka semula bermula 4 Mei ini, dengan garis panduan yang ketat oleh kerajaan.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga mengeluarkan sejumlah SOP bagi mengelakkan gelombang jangkitan baru.

Ditanya berkenaan kebimbangan sejumlah pihak bahawa langkah pelonggaran PKP itu dibuat terlalu awal, Noor Hisham sekali lagi berkata matlamat penguatkuasaan itu – iaitu melandaikan keluk jangkitan – telah dicapai.

“PKP bukan untuk menamatkan penularan virus…Kita masih dalam peperangan melawan Covid-19, tetapi barangkali di medan perang yang berbeza. Jadi di medan perang yang lain, kita perlukan strategi baru.

“Kementerian dan kerajaan boleh melaksanakan peranannya. Tetapi ada dua perkara yang kita nak masyarakat dan individu (lakukan). Iaitu mengupaya diri sendiri dalam soal tanggungjawab dan kepatuhan sosial ,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");