Berita Hari Ini

Digital Perak Santuni 35 Asnaf

KAMPAR: Seramai 35 individu golongan asnaf di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tualang Sekah, dekat sini diraikan Digital Perak Corporation Holdings (DigitalPerak).

Dalam satu kenyataan, DigitalPerak berkata setiap daripada mereka menerima sumbangan berupa keperluan asas Hari Raya Aidilfitri seperti beras pulut, nasi impit dan kuah kacang, santan kotak, biskut raya dan minuman kordial yang kesemuanya bernilai RM50.

“Kempen ‘Qaseh Aidilfitri 2020’ ini bertujuan untuk mengurangkan beban keperluan asas hari lebaran terutamanya mereka yang kehilangan sumber pendapatan akibat pandemik Covid-19 serta tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang agak lama,” katanya.

Tambahnya acara penyerahan sumbangan disempurnakan Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Jamilah Osman di Pejabat ADUN Tualang Sekah, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Digital Perak, Meor Rezal Fitri Meor Redwan.

Dalam pada itu katanya, Digital Perak menyasarkan 50 orang asnaf yang akan diberikan bantuan sama termasuk rumah-rumah anak yatim di kawasan Meru Raya yang telah dikenal pasti oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

“Individu dan syarikat yang ingin turut serta menghulurkan sumbangan dana dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini adalah dialu-alukan,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");