Perak Hari Ini

‘Doakan Kesembuhan Buat Ustaz Kazim’

IPOH: Setakat ini pihak perubatan tidak dapat mengesahkan lagi masalah kesihatan yang sedang dihadapi pendakwah bebas terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias.

Perkara itu dimaklumkan pegawai khas beliau, Jasmin Mastan dalam satu hantaran di laman Facebook ‘Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias’, hari ini.

Justeru beliau memohon agar semua pihak dapat terus mendoakan kesembuhan kepada penceramah yang mesra dikenali sebagai Ustaz Kazim itu.

“Sebelum ini beliau (Ustaz Kazim) menghadapi masalah kesukaran untuk tidur lebih daripada dua bulan.

“Dan sejak dua minggu lalu kesihatan beliau semakin tidak stabil sehinggalah terpaksa dikejarkan ke wad kecemasan pada Ahad lepas.

“Beliau telah menjalani imbasan gelombang ultrabunyi dan pengimejan resonans magnetik (MRI) sebaik sahaja dimasukkan ke hospital.

“Setakat ini tiada lagi laporan daripada pihak doktor tentang apa sebenarnya masalah kesihatan yang dihadapi oleh Datuk,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Jasmin yang mewakili Ustaz Kazim dan keluarga turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk media yang mengambil maklum tentang perkembangan pendakwah tersebut.

Terdahulu media melaporkan, Ustaz Kazim telah dibawa ke unit kecemasan sebuah hospital swasta di sini, pada petang Ahad.

Dilaporkan pendakwah itu mengalami sakit belakang dan pinggang serta kembung perut sejak dua minggu lalu.

Walau bagaimanapun Ustaz Kazim telah dibenarkan pulang dan kini berada di rumah untuk berehat.

 

https://www.facebook.com/ustazmohdkazim/photos/a.578563878859288/2801042836611370/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");