Panasnya Hari Ini

Dr Mahathir Jangan Hipokrit Kes Riza Aziz – Takiyuddin

KUALA LUMPUR: Kerajaan berharap Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersikap hipokrit dengan mengatakan beliau tertanya-tanya dan tidak faham dengan keputusan mahkamah memberikan pelepasan tanpa pembebasan terhadap Riza Shahriz Abdul Aziz.

Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan, keputusan memberikan pelepasan tanpa pembebasan terhadap anak tiri Datuk Seri Najib Tun Razak itu dibuat oleh Peguam Negara dan dilaksanakan oleh Timbalan Pendakwa Raya yang mengendalikan kes tersebut pada akhir 2019.

“Saya merujuk kepada kenyataan Dr Mahathir tentang tindakan Mahkamah Sesyen memberikan pelepasan tanpa pembebasan (discharge not amounting to acquittal) kepada Riza Aziz baru-baru ini.

“Kerajaan berharap Dr Mahathir tidak bersikap hipokrit dengan mengatakan beliau ‘tertanya-tanya’, keliru dan tidak faham terhadap suatu keputusan yang dibuat oleh Peguam Negara dan dilaksanakan oleh Timbalan Pendakwa Raya yang mengendalikan kes ini pada akhir tahun 2019,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Pada Khamis, Mahkamah Sesyen memutuskan Riza Aziz dilepas tanpa dibebaskan daripada lima pertuduhan pengubahan wang berjumlah RM1.08 bilion (AS$248 juta).

Mengulas perkara tersebut memetik Astro Awani, Dr Mahathir berkata beliau gusar dengan keputusan Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan Riza Shahriz Abdul Aziz.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");