Sukan Hari Ini

FAM Beri Amaran Kepada Pasukan Liga M

KUALA LUMPUR: Garis panduan membabitkan pemotongan gaji susulan impak COVID-19 yang diperkenalkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bukan menjadi ‘lesen’ kepada pasukan tidak melangsaikan hutang mereka kepada pemain.

BH Online melaporkan, meskipun setakat ini tiada laporan rasmi mengenai tunggakan pembayaran gaji Mac, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menegaskan mereka tidak akan membenarkan pemotongan gaji dibuat jika mereka masih gagal membayar tunggakan gaji kepada pemain.

“Tiada laporan rasmi mengenai tunggakan gaji Mac yang ditujukan kepada Jawatankuasa Status dan Undang-Undang tetapi itu tidak bermakna ia tidak berlaku.

“Mungkin situasi domestik menyebabkan kelewatan di beberapa pasukan namun ada dua kategori bagi situasi ini. Kategori A adalah pemain faham situasi kelab dan terima pembayaran gaji secara ansuran atau pakej penyusunan semula dan kita terima kalau ada perjanjian.

“Tetapi bagi kategori B, mereka tidak bayar gaji Mac dan tidak dapat persetujuan dengan pemain tetapi mahu potong gaji April. Itu kami tidak terima dan itu akan menyebabkan pemotongan bagi April terbatal.

“Jika masih tidak membayar gaji April, kami akan mengambil tindakan merealisasikan gaji penuh untuk bulan itu. Kita pun perlu melindungi hak pemain untuk dapatkan gaji yang sepatutnya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Stuart menjelaskan dua garis panduan bagi membantu persediaan pasukan untuk kembali beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) dijangka diteruskan September ini.

“Kita akan laksanakan dua garis panduan iaitu kembali ke bola sepak untuk pasukan mula berlatih dan kembali ke perlawanan di mana bagi operasi perlawanan dan pertandingan.

“Garis panduan ini diselaraskan unit FAM dengan bantuan liga lain di rantau Asia selain Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sendiri. Banyak maklumat yang kita peroleh daripada liga yang akan memulakan sepak mula dalam masa terdekat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");