Berita Hari Ini

Gelandangan Di KL Akan Diberi Kerja Selepas PKP

PETALING JAYA: Kira-kira 300 gelandangan di Kuala Lumpur dijangka ditawarkan pekerjaan bergaji minimum di bawah inisiatif selepas perintah kawalan pergerakan (PKP) oleh Kementerian Wilayah Persekutuan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa berkata 93 gelandangan daripada kumpulan pertama yang ditemuduga akan mula bekerja di 3 syarikat – Adabi Consumer Industries Sdn Bhd, Hartalega NGC Sdn Bhd dan Harumi Brands Sdn Bhd, pada 13 Mei ini.

Katanya, 51 gelandangan lain akan ditemuduga Top Glove Sdn Bhd, Tesco Malaysia dan Trendcell Sdn Bhd yang memiliki Pasaraya Jaya dalam masa terdekat.

Tiga lagi syarikat yang belum dinamakan turut akan menjadi sebahagian inisiatif itu.

Gelandangan itu akan diberikan pekerjaan di pasar raya, industri makanan serta pembuatan sarung tangan.

“Hasrat saya adalah untuk memastikan golongan gelandangan ini mempunyai kehidupan lebih baik dan tidak kembali kepada kehidupan bergelandangan selepas ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain peluang pekerjaan, mereka juga akan diberikan latihan kemahiran oleh Giat Mara dan Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur.

“Sesi taklimat kerjaya dan temuduga juga akan diadakan di 6 lagi pusat sementara gelandangan minggu depan.”

Annuar berkata, kira-kira 300 gelandangan di pusat perlindungan sedemikian sebagai sebahagian program bantuan Covid-19.

Katanya, bermula dengan 2 pusat gelandangan, kini pusat sementara gelandangan bertambah kepada 12.

Beliau berkata, jumlah gelandangan yang ditempatkan di pusat itu bertambah daripada 250 orang pada 24 Mac lalu kepada 908 orang, termasuk 71 warga asing memetik laporan FTM.

“Sehingga 7 Mei 2020, pusat penempatan gelandangan itu masih menempatkan 753 gelandangan, 670 daripadanya lelaki, 79 wanita dan 4 kanak-kanak.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");