Perak Hari Ini
Like

Gunung Lang Ditutup Tujuh Hari Bermula Esok

May 21, 2020
408 Views
0 Comments
1 minute read
Gunung Lang Ditutup Tujuh Hari Bermula Esok

IPOH: Taman Rekreasi Gunung Lang, dekat sini ditutup sementara selama tujuh hari bermula 22 Mei ini.

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam satu kenyataan memaklumkan penutupan taman rekreasi tersebut adalah bagi memberi laluan kerja-kerja pembersihan susulan ribut dan hujan lebat semalam.

“Pembersihan ini dilaksanakan oleh Jabatan Landskap MBI bagi membersihkan taman tersebut daripada pokok tumbang akibat ribut dan hujan lebat semalam.

“Taman ini akan dibuka semula seperti biasa pada 29 Mei ini,” katanya, hari ini.

Semalam dilaporkan beberapa lokasi di sekitar Bandaraya Ipoh dilanda ribut dan angin kencang selain mengakibatkan kejadian pokok tumbang di 11 kawasan.

Antara kawasan tersebut ialah Jalan Too Kee Lin Ipoh Garden, Taman Fair Park, Wallecourt serta Jalan pasir putih.

Turut terlibat, sekitar Stadium Perak, Jalan Raja Musa Aziz, Jalan Hospital, Greentown, Jalan Pasar, Kampung Simee dan Jalan Sybil Kathigasu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak turut memaklumkan kejadian ribut pada petang semalam itu turut membabitkan sebuah pokok yang tumbang lalu menghempap sebuah kereta, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

MBI dalam satu kenyataan berasingan memaklumkan kekerapan kejadian pokok tumbang yang berlaku akhir-akhir ini disebabkan oleh faktor hujan lebat.

Komen & Pendapat

Comments are closed.