Panasnya Hari Ini

Hubungan Umno-Bersatu: Buka semua pilihan yang ada

Umno terbuka kepada pelbagai pilihan berhubung sokongan yang diberikan parti itu kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Abdul Rahman Dahlan.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno itu menjelaskan parti itu memang memberikan sokongan kepada PN namun ia terhad kepada hal itu saja.

“Jangan pergi lebih daripada itu (buat masa ini),” katanya.

Abdul Rahman ditemui media selepas menghadiri mesyuarat MT Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur petang ini.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri pada zaman Najib Razak itu berkata beliau sependapat dengan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, mengenai kedudukan parti berkenaan dalam PN.

“Saya menyuarakan pendapat (seperti Mohamad) bahawa kita harus membuka semua pilihan yang kita ada.

“Tapi, ini tidak bermaksud kita akan meninggalkan kerajaan kerana kerajaan hari ini diperlukan untuk menangani krisis ini,” katanya.

Menurut Abdul Rahman lagi, Umno perlu bergerak ke hadapan dan tidak tidak terlalu awal untuk memperkatakan isu pilihan raya umum dan penjajaran baru.

Katanya, tumpuan Umno kini adalah untuk memperkuat parti sendiri.

“Umno mesti menguatkan parti ini,” katanya.

Abdul Rahman berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Mohamad minggu lalu bahawa kerjasama Umno dengan Bersatu hanya bersifat sementara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");