Berita Hari Ini

Indeks jenayah turun hampir 50 peratus sepanjang PKP

Indeks jenayah di seluruh negara menurun hampir 50 peratus sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam tempoh 13 Mac lalu sehingga semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata indeks jenayah turun 49.1 peratus bersamaan 5,098 kes berbanding 10,368 kes bagi tempoh 31 Januari sehingga 17 Mac lalu.

“Daripada 5,098 kes yang direkodkan sepanjang PKP, 97 kes membabitkan jenayah kekerasan, manakala 4,308 kes berkaitan jenayah harta benda dan selebihnya jenayah-jenayah lain.

“Sementara itu, seramai 1,631 individu ditahan kerana terbabit dengan kegiatan judi dalam talian ditahan di seluruh negara sepanjang pelaksanaan PKP sehingga 4 Mei lalu.

“Seramai 732 individu yang ditahan adalah warga tempatan, manakala selebihnya lagi adalah warga China termasuk 514 wanita. Semuanya berusia antara 18 hingga 55 tahun,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Huzir berkata, sebanyak 1,702 mesin judi serta peranti elektronik perjudian dan wang tunai berjumlah RM398,263 turut berjaya dirampas.

“Selain itu, kita juga menyekat 1,323 laman sesawang disyaki mempromosikan kegiatan judi dengan bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia’.

“Semua suspek yang dipercayai terbabit dengan kegiatan pusat panggilan judi dalam talian yang menyasarkan pelanggan di negara China,” katanya.

Beliau juga berkata, sindiket itu beroperasi menggunakan kediaman seperti banglo, rumah teres dan pangsapuri mewah sebagai pusat panggilan judi.

Selain itu, katanya, pemantauan polis mendapati kegiatan judi terbuka di dalam bangunan jarang dilihat amat berkurangan memandangkan banyak rondaan dilakukan pihak polis sepanjang tempoh PKP.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");