Membawang Hari Ini

Jamal Abdillah Dan Zai Izzati Bakal Timang Anak Kedua

KUALA LUMPUR: Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah berkongsi berita gembira isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, hamil anak kedua.

Oktober lalu, Jamal, 61, dan Zai Izzati dikurniakan anak perempuan, Nur Azura Yamani, yang berusia kira-kira tujuh bulan.

“Sebelum ini, saya tunggu dua tahun untuk anak pertama. Sekarang, tak perlu tunggu lama, dapat lagi.

“Iyalah, Allah hendak bagi, bila-bila masa boleh bagi… Alhamdulillah,” katanya sebagaimana dilaporkan BH Online.

Jamal berkata, kandungan isteri sudah memasuki minggu ke-11 dan dia berharap dikurniakan anak lelaki.

“Kami dapat tahu sudah sebulan, tapi baru disahkan dua hari lalu apabila membuat pemeriksaan. Alhamdulillah, isteri saya disahkan hamil 11 minggu.

“Sebenarnya, saya masih terkejut, tidak tahu hendak menjangka apa-apa, apatah lagi Azura masih kecil. Malah, saya merasakan ini terlalu cepat.

“Tapi sudah rezeki. Saya kena belajar pikul tanggungjawab baharu sebab saya tidak pernah beranak banyak.

“Sekarang, kami kena ajar Azura minum susu dalam botol kerana tak lama lagi, adik dia pula hendak menyusu badan,” katanya.

Jamal mengaku cabaran menjaga anak kecil.

“Memang mencabar, sebab saya sudah lama tidak ada anak kecil. Namun, sekarang Azura lebih rapat dengan ibunya kerana menyusu badan, kalau saya ada pun dia tak berapa hendak layan.

“Tapi ketika isteri alami alahan yang teruk, sampai makan pun tak hendak, saya kena memainkan peranan,” katanya.

Jamal bernikah dengan Zai Izzati pada 2017 dan menimang Azura yang dilahirkan pada 10 Oktober 2019.

Menerusi perkahwinan lalu, Jamal dikurniakan dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");