Berita Hari Ini

Jangan ziarah kubur hari raya ini – Noor Hisham

Umat Islam dinasihatkan agar tidak mengunjungi atau menziarah tanah perkuburan ketika Hari Raya Aidilfitri kali ini.

Langkah itu adalah bagi memastikan usaha untuk memutuskan rantaian Covid-19 akan tercapai, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bukan mengeluarkan dasar sebaliknya, hanya memberikan nasihat supaya tidak orang ramai tidak berbuat demikian.

“Hanya (untuk) tahun ini sahaja. Jadi kalau kita boleh patuh nasihat KKM, kita boleh putuskan jangkitan Covid-19 dalam kalangan masyarakat kerana wabak ini masih ada dalam komuniti.

“Jadi kalau kita terdedah (jangkitan Covid-19) kita mungkin ‘membawa balik’ virus tersebut ke rumah dan kita (akan) menjangkiti mereka yang berisiko tinggi,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan wartawan yang bertanyakan sama ada KKM bercadang mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) tambahan menjelang Aidilfitri bagi mengekang penularan wabak itu.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, rakyat Malaysia perlu bersedia mengamalkan normal baharu termasuklah dengan berkurung di rumah pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Katanya, ketika ini cara berkesan untuk memutuskan rantaian wabak tersebut adalah dengan berada di rumah dan mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi.

Dalam perkembangan berkaitan Noor Hisham berkata, strategi untuk keluar daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya akan dipertimbang jika rakyat benar-benar patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dan jumlah kes baharu kekal pada dua angka.

Bagaimanapun beliau memberitahu, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mungkin dilanjutkan, jika kedua-dua kriteria berkenaan tidak dipenuhi.

Setakat ini, katanya, strategi keluar daripada PKP belum dibincangkan, selain rakyat hanya diberikan beberapa kelonggaran yang disenaraikan dalam PKPB.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");