Membawang Hari Ini
Like

Janna Nick Rimas Peniaga Online Desak Buat IG Review

May 19, 2020
261 Views
0 Comments
2 minutes read
Janna Nick Rimas Peniaga Online Desak Buat IG Review

Kesal dengan sikap segelintir peniaga yang terlalu mendesaknya untuk melakukan ulasan produk mereka, Janna Nick memuat naik video meluahkan rasa kurang senang tentang perkara itu.

Menurut Janna, dia melakukan IG review tanpa meminta sebarang bayaran namun perkara itu atas dasar budi bicaranya. Ujarnya, dia tidak menghalang peniaga mahu menghantar barangan tetapi tidak boleh menganggap semuanya patut dipromosikan.

“Saya terima banyak makanan dan saya okay awak nak bagi terima dengan hati terbuka takkan nak tolak kan… tapi bila ada yang tanya bila nak post kita punya, bila nak buat video kami?”

“Pertamanya saya buat ni percuma memang tak caj, ikhlas tapi bila dah jadi macam ni seperti komitmen kerja pula nak kena post. Kalau anda buat bisnes online mesej nak bagi makanan saya terima tapi tak boleh anggap sebagai komitmen kena post.

“Sebab ada masa saya dapat makanan rasa dia kurang sedap, jujur cakap tapi takkanlah saya nak buat story dan beritahu tentang benda ini. Saya bukan tak support online bisnes tapi you all pun kena ikhlas bagi bukan mengharapkan balasan posting sebagainya, itu lebih ikhlas!,” katanya.

Janna turut mendedadahkan ada peniaga yang pernah hantar barang sebelum ini, menghantar produk mereka lagi tanpa bertanya terlebih dahulu, malah tidak segan untuk mendesaknya untuk memuat naik lagi ulasan baru.

Janna berkata dia turut melakukan ulasan barangan untuk rakan-rakannya yang baru berjinak dalam bisnes atas talian yang terjejas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam pada itu, akhir luahannya itu Janna memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan kata-katanya itu.

Komen & Pendapat

Comments are closed.